Panggung

Di panggung persembahan Galeri WKMTK ini penonton dapat menonton persembahan wayang kulit. Panggung ini juga menjadi tempat latihan bagi pelapis-pelapis baru. Semua kelengkapan muzik WKMTK juga diletakkan di sini. Pengunjung boleh mencuba bermain peralatan muzik dan mempelajari teknik-teknik mempersembahkan wayang kulit dengan menggunakan patung wayang yang sebenar. Dengan ini juga,pengunjung dapat melihat proses di belakang tabir sebelum persembahan.

 

pg1 pg2 pg3