Informasi

Beberapa perkhidmatan lain juga disediakan oleh galeri kami seperti yang berikut:
a. Penyediaan Kertas Kerja Seminar/Konvensyen dan ceramah bertemakan:
1. Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan:Ketika Hanya Ada Sedikit Sumber
2. Pendidikan Bersemuka Melalui Persembahan Wayang Kulit
3. Wayang Kulit:Adakah Hanya Suatu Shadow Play Semata-mata?
4. Perdalangan Dalam Wayang Kulit
5. Persembahan Dalam wayang Kulit
6. Muzik Dalam Persembahan Wayang Kulit
7. Watak dan Perwatakan Dalam Persembahan Wayang Kulit
8. Salasilah Jurai Dalang Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan
9. Penceritaan Dalam Wayang Kulit
b. Penyediaan kaunter informasi untuk membantu penyelidikan dan kajian tentang wayang kulit kepada penyelidik/pengkaji dan pelajar-pelajar di peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang warisan dan kebudayaan.
c. Membekalkan puppet dan peralatan muzik unt uk persembahan wayang kulit.
d. Latihan kemahiran melukis/melakar puppet wayang kulit.
e. Latihan persembahan wayang kulit.

 

Di Galeri kami menawarkan khidmat kepakaran dalam aspek-aspek khusus persembahan Wayang Kulit Melayu Kelantan Tradisioanal seperti:

1.Kepakaran melatih pelatih2 baru dalam mempelajari proses menghasilkan:

i.membuat semua alatan muzik wayang kulit daripada kayu termasuk penghasilan serunai.

ii.Gambar – gambar wayang kulit dari seawal memproses belulang lembu sehinggalah kepada proses melakar, menebuk, mewarna dan sehinggalah siap.

iii.Proses perdalangan.

Nota:          ( Kami mempunyai bengkel lengkap bagi kemudahan tersebut )

2.      Rujukan, temubual dan kajian bagi tujuan penghasilan kertas kerja, assignment, tesis.

3.      Lokasi tradisonal bagi acara penggambaran atau shooting production.

Nota:          ( Kami memiliki Panggung Wayang Kulit tradisional )