Galeri WKMTK

Lebih kurang 6 km dari bandar Kota Bharu, merentasi jambatan Sultan Yahya Putera, melalui jalan Palekbang ke Tumpat, di atas tapak seluas suku ekar di Kampong Morak, Palekbang, Kelantan. Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan telah dibina. Pembiayaan pembinaannya ditanggung oleh Muhammad Dain bin Othman. Seorang pesara Kaki Tangan Awam Kerajaan Malaysia dan Tok dalang Wayang Kulit Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan, pada tahun 2008.

Objektif Penubuhan:

  • Melatih dan memupuk bakat baru dalam seni muzik wayang kulit, yang telah begitu ketandusan pemuzik-pemuzik pelapis.
  • Melahirkan seorang dalang wayang kulit yang berpengetahuan dan mahir aspek perdalangan, bukan sekadar seorang pemain wayang kulit.
  • Memastikan seni persembahan Wayang Kulit Melayu Kelantan Tradisional tidak pupus.
  • Mewujudkan satu pusat akses dan pameran wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan.
  • Sumber rujukan dan aktiviti pelancongan.

 

Pembahagian Binaan Galeri:

Galeri Wayang Kulit Melayu Trdisional Kelantan ( WKMTK ) ini terakum di dalam sebuah bangunan yang mempunyai empat ruang utama. Ruang pertama merupakan panggung atau bangsal persembahan wayang kulit, ruang kedua merupakan ruang pameran peralatan muzik, gambar-gambar wayang kulit, sejarah salasilah dalang-dalang wayang kulit dan peralatan cenderahati. Ruang ketiga merupakan pejabat operasi galeri dan ruang keempat pula merupakan ruang inkubator kraf penghasilan gambar-gambar wayang kulit.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 11 10 13 14 15 16 17 18